FOUNDER AURA SERI


 NAK KENAL FOUNDER AURA SERI??

FOUNDER & MANAGING DIRECTOR
Datin Ira Ghani
Beliau Telah Mula Menjadi Usahawan Lebih 20 tahun yang lalu dengan memiliki perniagaan dan jenama sendiri iaitu Aura Seri Dan Aura Genius.. pernah mencetuskan fenomena sebagai perintis terkini di dalam dunia kecantikan melalui teknologi AURA sehingga menjadi ikutan ramai sehingga kini.
Kehebatan dan testimoni Produk AURA SERI telah berjaya mencipta nama hingga ke persada antarabangsa sehingga telah menerima pengiktirafan dan anugerah Gatte Fosse Award Dari International Health Science Institute..
Membawa pengalaman luas didalam dunia keusahawanan maka beliau telah mendapat kepercayaan dengan dilantik menjadi Mentor MARA sejak tahun 2007, juga pernah dilantik menjadi Konsultan Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun, MDEC,SSM serta agensi-agensi kerajaan yang lain-lain.
Kecintaan beliau didalam bidang pendidikan dan latihan telah menjadikan beiau sebagai Ikon & Perunding Motivasi dan Latihan terutama didalam bidang keusahawanan dan pembangunan insan sejak 20 tahun yang lalu..Kepakaran beliau adalah didalam mengendalikan Modul Mengubah Mindset,Memperkasa Aura dan Minda,Self Branding,Power Image & Personaliti Unggul,Millionaire Mind Power dan beliau juga adalah merupakan Co-Founder MINDA IKAN PAUS.
Beliau Adalah Penerima Tokoh Usahawan Muda Malaysia dari Universiti Malaya (UM) 2011 Penerima Anugerah Image dan Personaliti Terbaik MARA 2011,Top Finalis Wanita Ikon Malaysia 2007 pernah di nobatkan sebagai 22 Most Glamorous Women in Malaysia Oleh Majalah GLAM.. sering menjadi penghias majalah dan akhbar tempatan. Kerapkali menjadi tetamu jemputan tv sebagai panel. Beliaua juga pernah menjadi Hos Televisyen di RTM di dalam program bual bicara wanita FEMININ secara langsung selama 2 tahun. Beliau juga terlibat secara sambilan didalam industri seni sebagai Pelakon Drama dan Telemovie. Kini amat bergiat aktif sebagai Mentor, Trainer,Coach, Motivator Keusahawanan dan Pembangunan Diri. Dibelakang beliau telah lebih 20 tahun pengalaman melatih usahawan dalam memajukan diri dan perniagaan.. Beliau telah berjaya melahirkan ramai Usahawan yg telah berjaya di dalam perniagaan masing-masing. Juga banyak terlibat bersama NGO.. dimana kini beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden Kuala Lumpur International Chamber Of Commerce (KLCC). Menjadi Ketua Srikandi di dalam Pertubuhan Adat dan Keris Melayu Nusantara(PESANTARA ) pernah dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Pembangunan Keusahawanan oleh Yayasan Peneraju Keusahawanan Bumiputra (PENERAJU),dan baru-baru ini dilantik menjadi Timbalan Presiden 2 di Yayasan Bina Insan Malaysia ( YBIM ) Beliau juga telah di lantik sebagai FELO BERSEKUTU di Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia dan terbaru telah menerima Pengiktirafan & Anugerah 100 Top Young CEO 2019 in Education & Training Industry oleh IKON Magazine dan juga telah menerima Anugerah Life Time Achievement Award- Training and Education 2019 oleh MOCAD ( Malaysia Organisation Of Company Director)

Comments